Siapkan Sayap, EUR/USD Bakal Terbang Tinggi Minggu Ini!

994

US dolar didagangkan berhati-hati pada awal minggu sementara pelabur masih menantikan perkembangan lanjut pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Pada perkembangan terbaru, pakej rangsangan yang dicadangkan bernilai $908 bilion sebelum ini bakal dibentangkan kepada Kongres dan dibahagikan kepada dua bahagian berasingan.

Hal ini dilihat akan memulihkan sentimen pasaran dan memberi kesan penyusutan pada US dolar sebagai mata wang safe-haven.

Selain itu juga, kecenderungan pasaran ke arah sentimen risk-on turut didorong oleh perkembangan vaksin dengan pengumuman oleh Donald Trump bahawa vaksinasi vaksin akan dimulakan pada hari ini.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD sejak 2 minggu lalu, harga dilihat bergerak mendatar di bawah zon resistance 1.21800-1.21500.

Pada Jumaat lalu juga harga turut menguji zon resistance tersebut sebelum kembali membuat penurunan semula.

Pembukaan pasaran awal minggu di sesi Asia pagi ini turut melihatkan perbezaan jarak (gap) harga pada carta EUR/USD terkesan oleh isu Brexit yang turut mempengaruhi dagangan Euro namun tidak begitu ketara berbanding Pound.

Walaupun gagal melepasi zon resistance untuk 2 minggu berturut-turut, pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat untuk trend bullish. Pelabur masih memantau sentimen pasaran sebelum pergerakan lebih jelas dipamerkan.

Penganalisis pasaran menjangkakan harga pada minggu ini bakal bergerak lebih tinggi melepasi zon resistance minggu lalu untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak Mac 2018 berdasarkan pada sentimen semasa.

Berkemungkinan kenaikan harga akan ke paras ketinggian sekitar 1.22500.

Sekiranya harga gagal lepasi resistance dan membuat penurunan di bawah paras sokongan MA50, paras 1.20900 akan menjadi paras sokongan terhampir harga sebelum harga yang berjaya meneruskan penurunan lebih rendah dilihat akan menuju ke zon RBS (resistance become support) 1.20000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat