Siasatan Skandal Forex: Dr. Mahathir Saman Kerajaan Malaysia, Kabinet, RCI, Najib Razak

470

Bekas perdana menteri Dr.Mahathir Mohamad hari ini memfailkan saman ke atas enam ahli Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) selepas laporan kerugian tukaran matawang asing (forex) pada tahun 1990 yang melibatkan beliau adalah tidak sah dan tidak boleh diterima.

Saman tersebut difailkan oleh peguam beliau Haniff Khatri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dan menjelaskan siasatan oleh RCI adalah tidak lengkap.

“Dokumen dan material yang disediakan oleh RCI semasa perbicaraan mahkamah telah gagal, tidak berhati-hati dan gagal dimasukkan ke dalam laporan akhir siasatan yang bertarikh 13 November tahun ini.”

Dr. Mahathir juga menegaskan hasil siasatan oleh RCI adalah bermotifkan politik.

Beliau menamakan semua enam anggota RCI iaitu Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Datuk Wira Kamaludin Md Said, Datuk Seri Tajuddin Atan, Tan Sri Saw Choon Boon, K Pushpanathan dan Datuk Yusof Ismail bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kabinet dan kerajaan sebagai defendan.

Dr Mahathir adalah antara saksi yang dipanggil oleh RCI untuk membuat keterangan tentang kerugian pertukaran matawang asing (forex) tahun 1990.

Beliau telah beberapa kali menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai pengetahuan langsung terhadap aktiviti dagangan oleh bank pusat dan juga kerugian yang ditanggung.

Dr. Mahathir maklum bahawa bank pusat berperanan dalam menjaga kestabilan tukaran matawang Ringgit dengan terlibat dalam tukaran matawang asing. Beliau sendiri mengatakan pernah berkunjung ke ‘trading room‘ Bank Negara ketika itu tetapi beliau tidak berkata apa-apa tentang perkara tersebut. Dr. Mahathir hanya berkata teruja dengan ‘trading room’ Bank Negara ketika itu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat