Simposium Jackson Hole Ibarat Bom Jangka, Ini Situasi Semasa Pasaran!

1,217

Debaran semakin dirasai oleh para pelabur matawang di sesi Eropah yang mengharapkan petunjuk daripada Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell di Jackson Hole pada malam ini.

US dolar pula kembali mempamerkan peningkatan selepas didagangkan susut pada sesi sebelum ini, dengan indeks dolar diniagakan pada 93.06 berbanding enam matawang utama lain.

Sebelum ini, kenyataan daripada beberapa pembuat dasar Fed yang menyokong pengurangan pembelian bon pada tahun ini telah menyokong matawang US dolar. Namun, dengan pendirian Powell yang selalu dovish, membuatkan pelabur ragu-ragu sama ada beliau akan memberikan petunjuk mengenainya pada malam ni.

Mengikuti perkembangan matawang Eropah, pound cuba bertahan di paras harga 1.37000 berbanding USD, dan berada di landasan untuk kenaikan mingguan pertamanya sejak akhir Julai.

Sementara itu, mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) yang dovish gagal mempengaruhi dagangan matawang euro yang didagangkan stabil pada sesi Eropah walaupun sedikit susut disebabkan kenaikan US dolar.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand kekal stabil dan bakal menutup dagangan minggu ini dengan positif. Perkembangan mengenai Covid-19 di Australia dan New Zealand masih diikuti pelabur.

Jualan runcit Australia menjunam lebih jauh pada bulan Julai dengan penurunan sebanyak 2.7%. Ini menyebabkaan penganalisis kembali meramalkan Reserve Bank of Australia (RBA) akan menarik semula rancangan untuk melakukan pengurangan pembelian bon pada mesyuarat polisi September nanti.

Dalam pada itu, dolar Kanada sedikit tergelincir dari kenaikan yang dicatatnya pada minggu ini, namun kekal didagangkan stabil dengan sokongan harga minyak mentah yang terus kukuh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat