Singapura Catat 9 Kes Monkeypox, Ancaman Pada Rakyat Malaysia?

254

‘Dekat Malaysia boleh relax dulu, tapi jangan leka sampai terkena pulak.’

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan 1 lagi kes jangkitan cacar monyet (monkeypox) pada 25 Julai, menjadikan jumlah 9 kes dilaporkan sejak Jun.

Memetik sumber dari MOH, kes terbaharu melibatkan seorang lelaki warga Filipina berusia 31 tahun yang disahkan positif pada Isnin selepas mengalami demam selama 4 hari bermula 21 Julai.

Pesakit juga didapati tumbuh ruam pada wajah dan sebahagian pada anggota badan sebelum dirujuk ke Hospital Besar Singapura (SGH) pada Ahad.

Menurut sumber SGH, pesakit masih dalam keadaan stabil dan tiada rekod jangkitan daripada kes sebelum ini.

Ulas Menteri Kesihatan Singapura Ong Ye Kung, 5 daripada 9 kes yang dicatat melibatkan pesakit warga tempatan namun kerajaan tidak mencadangkan mewujudkan kempen vaksinasi besar-besaran buat masa terdekat ini.

Beralih ke seberang tambak, Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin menyatakan negara masih bebas daripada jangkitan wabak monkeypox dan 9 kes yang dicatat sebelum ini membawa keputusan negatif.

Mengulas mengenai kebimbangan penyebaran jangkitan tersebut Khairy menjelaskan bahawa pelancong yang berkunjung ke Malaysia perlu mengisi aplikasi perjalanan MySejahtera sebelum memasuki sempadan negara.

Terangnya, pelancong yang ingin memasuki Malaysia dinasihatkan untuk memantau kesihatan mereka 21 hari dari tarikh ketibaan.

Dalam pada itu, Malaysia merekodkan kemasukan pelancong sebanyak 531,360 orang dari 1 Mei sehingga 23 Julai daripada negara yang mencatat kes monkeypox.

Rentetan itu, mengiringi pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan (WHO) Sedunia semalam orang ramai dinasihatkan untuk menjaga kesihatan dan kebersihan diri bagi mengelakkan wabak bertukar menjadi pandemik.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat