SIRI 1: Empat Sebab Utama Data Non-farm Payroll (NFP) Sangat Penting Bagi Amerika Syarikat

239

Non-farm Payroll (NFP) adalah satu-satunya data bulanan yang di tunggu-tunggu oleh semua trader sebab kebiasaanya data ini memberi impak yang besar kepada pasaran dalam masa singkat. Pelbagai teknik akan di keluarkan bagi mencari setup-setup yang sesuai.

Persoalannya, kenapa data NFP sangat penting dalam menentukan keadaan semasa ekonomi Amerika Syarikat? Berikut adalah empat sebab utama:

1) Kadar pengangguran menjadi tanda aras kepada kesuluruhan tenaga buruh

Data ini penting untuk meneliti perkembangan ekonomi Amerika. Peningkatan pada bilangan pekerjaan tidak semestinya menyebabkan kadar pengangguran berkurangan. Jika bilangan pekerjaan meningkat, tetapi kadar pengangguran menurun atau stabil, ini menunjukkan pasaran pekerjaan yang kukuh. Perubahan yang besar akan memberi impak kepada pasaran.

Data fokus: Unemployment Rate

2) Pada sektor pekerjaan yang mana ada kenaikan dan penurunan, perkhidmatan atau pembuatan?

Data ini amat penting kerana 80% hasil pendapatan negara adalah daripada sektor perkhidmatan. Jika terdapat perubahan angka yang besar, akan memberi impak yang besar kepada pasaran.

Data fokus: Non-Farm Employment Change

3) Berapa purata pendapatan setiap jam

Data paling penting bagi Federal Reserve berbanding dua data pekerjaan yang lain (Unemployment rate dan non-farm emplyment change) sebab jumlah pendapatan memberi kesan kepada data inflasi.

Data fokus: Average Hourly Earnings m/m

4) Kajian semula terhadap laporan data sebelumnya

Setiap data yang lama akan di kaji semula dan di keluarkan pada masa yang sama dengan data terkini. Sekiranya terdapat perubahan yang besar akan memberi impak terhadap pasaran.

Data fokus: Non-Farm Employment Change (previous data)

Selain daripada pasaran forex, data NFP juga akan memberi kesan kepada pasaran saham, bon, emas dan komoditi yang lain.

Bersambung…

Jangan lupa LIKE dan SHARE. Moga bermanfaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat