SIRI 2: Nonfarm Payrolls Preview: Menaik atau Menjunam?

49

Pada siri pertama, sudah di jelaskan tentang kepentingan ketiga-tiga jenis data pekerjaan (Average Hourly Earnings m/m, Non-Farm Employment Change dan Unemployment Rate) kepada pasaran malam ini.  Jom kita baca ringkasan ekonomi semasa yang berlaku di US sepanjang bulan lepas.

# Sentimen dolar US masih bearish (turun)

Indeks dolar jatuh ke paras terendah 15-bulan lalu minggu ini, antara sebabnya:

  • Spekulasi tinggi bawah Fed akan melambatkan kenaikan kadar faedah di sebabkan kadar inflasi tidak mencapai sasaran, dan masih adalah masalah kecil ekonomi yang perlu diselesaikan.
  • Masalah politik di Washington
  • Trump sehingga sekarang tidak berjaya tunaikan janjinya
  • Aliran dana yang banyak daripada pasaran US ke pasaran Eropah

# Jangkaan kenaikan pendapatan mungkin meleset

Berdasarkan laporan Glassdor Local Pay, peningkatan pendapatan bergerak perlahan sejak 6 bulan yang lalu, jatuh 1.5% daripada laporan yang telah di kaji semula bulan lepas. Pendapatan dilihat meningkat paling tinggi pada bulan Januari sebanyak 3.1%, dan bagi purata pendapatan tahunan hanya meningkat sebanyak 1.2%.

Berikut adalah antara sebab jangkaan kenaikan gaji tidak akan berlaku:

  • Indeks pekerjaan bukan sektor bukan-pembuatan ISM jatuh kepada 53.9 daripada 57.4 bulan lepas
  • Laporan ADP menujukkan penambahan pekerjaan sebanyak 178k, di bawah jangkaan 185k
  • Indeks keyakinan pengguna (CCI) naik 121.1 pada bulan Julai, dan peratus pengguna yang berkata bilangan pekerjaan bertambah meningkat sebanyak 34.1%
  • Tuntutan pengangguran kekal di bawah paras 300,000 sejak 37 tahun yang lalu. Dan bacaan bulan lepas di lihat lebih stabil berbanding bacaan Julai.
  • Index pekerjaan sektor pembuatan ISM jatuh 56.3 daripada 57.8 bulan sebelumnya
  • Tawaran pekerjaan jatuh daripada paras tertinggi bulan Mei

Berdasarkan dua faktor di atas kita akan menjangkakan dolar US kekal lemah, namun adakah Federal Reserve akan membiarkan USD terus menjunam? Nantikan siri NFP ke-3: Fokus Fed pada kenaikan gaji, dan kesan langsung terhadap NFP

Jangan lupa LIKE dan SHARE.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat