Siri Kenaikan AUD/USD Gagal Dikekalkan, Harga Pamer Tanda-Tanda Penurunan

502

Sentimen pasaran pada minggu ini bercampur-campur mengganggu pergerakan lebih jelas pada carta harga bagi dagangan pasaran matawang utama.

Sentimen pasaran yang kembali berisiko didorong kebimbangan terhadap peningkatan kes jangkitan kes Coronavirus terus membuatkan pelabur berhati-hati dalam pasaran.

Kesannya telah membuatkan dagangan matawang komoditi menyusut sementara risiko yang berterusan akan kembali memberi kelebihan terhadap dagangan safe-haven.

Dolar Australia bergerak susut susulan keputusan mesyuarat polisi bank pusat Australia diumumkan semalam dengan kadar faedah masih dikekalkan di paras terendah 0.25%.

Menambahkan lagi tekanan apabila perintah sekatan pergerakan diumumkan di Melbourne dan bandar-bandar sekitarnya dilanjutkan 6 minggu.

Pada carta harga bagi pasangan matawang AUD/USD semalam, harga telah membuat penurunan harian sekitar 75 pips dari paras ketinggian hampir menyentuh 0.7000 ke paras terendah hampir sekitar 0.69200 di zon RBS (resistance become support).

Namun harga kembali menunjukkan kenaikan semula dan menguji zon SBR (support become resistance) sekitar 0.69700 sebelum menutup dagangan pada penghujung sesi New York lebih rendah di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta AUD/USD.

Menyambung dagangan pada Rabu, harga bergerak perlahan pada sesi Asia di sekitar paras 0.69400.

Penurunan lebih rendah dijangka akan menguji semula paras terendah harian semalam atau zon RBS di bawah paras 0.69200.

Penurunan seterusnya bakal menuju semula zon support di paras 0.68100 jika sentimen pasaran terus menekan dagangan dolar Aussie.

Sebaliknya jika harga berjaya membuat kenaikan semula melepasi halangan dinamik MA50 dan zon SBR 0.69700, kenaikan lebih tinggi akan meguji zon resistance di paras 0.70000.

Seterusnya kenaikan yang diteruskan bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu bekemungkinan mencecah paras sekitar 0.70800.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Anda mungkin juga berminat