SNB dijangka Mengekalkan Kadar Faedah Negatif Sehingga 2018

39

Bank Negara Swiss (SNB) mengekalkan kadar faedah pada tahap yang rendah bagi menjaga nilai Franc Switzerland.

Bank pusat itu turut mengekalkan Libor Rate pada kadar 0.75 peratus.

Menurut SNB dalam satu kenyataan, kadar faedah yang negatif dan campur tangan SNB dalam pasaran pertukaran asing bertujuan untuk menjadikan pelaburan terhadap franc Swiss kurang menarik, sekali gus mengurangkan tekanan ke atas matawang.

Bank itu turut memotong ramalan inflasi pada tahun 2017 dan 2018, namun menjangkakan prospek ekonomi bakal berkembang sekitar 1.5 peratus bagi tahun ini dan akan datang.

Lebih membimbangkan, ketidaktentuan politik terutamanya di Amerika Syarikat dan pilihanraya yang bakal berlaku di beberapa kawasan Euro serta rundingan Brexit juga bakal menambah risiko buat ekonomi negara tersebut.

Dasar faedah negatif dijangka akan dikekalkan sehingga 2018 walaupun mendapat kritikan daripada bank-bank dan syarikat dana persaraan.

Benarkah Rundingan Brexit Bakal Mengambil Masa Sehingga 10 tahun? 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat