Soros Beri Amaran, Keluarnya Britain Bakal Menandakan Pengakhiran Untuk EU

76

Pelabur billionaire George Soros memberi amaran yang Brexit vote bulan ini akan membuatkan perpecahan Kesatuan Eropah “hampir menjadi kenyataan.”

Soros mula terkenal pada tahun 1992 sebagai “seseorang yang berani mempertaruhkan $10 billion(sekitar £6.9 billion) keatas kejatuhan nilai pound berbanding Bank of England”. Beliau membuat keuntungan $1billion dari situ.

Sekarang beliau telah mengalihkan kekayaan beliau kepada emas kerana menjangkakan “something wrong” bakal terjadi ke atas ekonomi dan ia mungkin bermula dengan kejutan daripada referendum EU.

“Jika Britain keluar, ia bakal menyebabkan penghijrahan umum oleh imigrant dan menjadikan perpecahan EU hampir tidak boleh dielakkan,” katanya.

Soros berkata yang beliau yakin support untuk Britain kekal dalam EU akan meningkat 2 minggu sebelum undi, tetapi still ada peluang yang EU bakal runtuh disebabkan masalah imigrant dan cabaran besar dalam isu Greece.

Soros Fund Management yang menguruskan lebih $30 billion untuk Soros dan keluarganya telah menjual sepotong dari pelaburannya untuk invest dalam Emas dan syarikat melombong emas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat