S&P Global Ratings Jangkakan BNM Naikkan Kadar 50 Mata Asas Tahun Ini

837

‘Ini pandangan pakar mengenai keperluan kenaikan kadar di rantau Asia.’

S&P Global Ratings meramalkan dasar kadar semalaman (OPR) Malaysia akan meningkat 50 mata asas atau kurang 50 mata asas tahun ini ekoran krisis yang mengapit tekanan inflasi serta tindakan agrasif Federal reserve (Fed) Amerika Syarikat AS).

Menurut Louis Kuijs, ketua ekonomi S&P Asia-Pacific, inflasi yang tinggi serta kadar faedah AS secara tidak langsung memberi tekanan kepada ekonomi Asia Pasifik dan memperlihatkan keadaan semasa, maka bank-bank pusat akan terpaksa untuk menaikkan kadar faedah di kawasan yang mana inflasi sudah melepasi sasaran.

Tambahnya lagi, disebalik isu inflasi mahupun isu aliran keluar modal yang menjadi perhatian, bank-bank pusat juga perlu memberi fokus kepada pertumbuhan ekonomi.

Dalam pada itu, pembuat dasar monetari Asia Pasifik bakal menghadapi masa yang sukar ekoran konflik Rusia-Ukraine menambah tekanan inflasi global sementara tindakan pengetatan polisi yang hawkish oleh Fed dalam mengimbangi kunci kira-kiranya.

Ia secara tidak langsung menambah tekanan kepada bank-bank pusat serantau untuk menaikan kadar menampung jangkaan inflasi, mengekalkan kredibiliti, menyokong mata wang negara atau mengelakkan ketidakstabilan kewangan.

Namun, terang Kuijis, mereka meramalkan beberapa bank-pusat melaksanakan sedikit pengetatan ataupun mungkin ada yang tidak di sebalik isu-isu tersebut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat