Spekulasi Berakhir – ECRL Dibatalkan Kerana Perjanjian Bodoh Pemimpin Dahulu?

3,396

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) serta dua projek perpaipan di bawah Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER) dibatalkan buat masa ini berikutan kedudukan fiskal kerajaan. Kerajaan China memahami tindakan tersebut, demikian kata Tun Mahathir kepada media Malaysia di China.

Malaysia terpaksa membayar penalti disebabkan pembatalan itu yang dijangka mencecah RM22 billion dalam laporan sebelum ini. Walaubagaimanapun, Malaysia akan cuba merundingkan jumlah tersebut, kata perdana menteri.

Komen terbaru Tun Mahathir terhadap perkara ini menamatkan spekulasi dalam projek berskala besar ini. Sesetengah pemerhati bimbang pembatalan ini akan menyebabkan kemarahan China kerana projek tersebut adalah salah satu inisiatif dalam Belt and Road negara tembok besar itu untuk menghubungkan negara Asia Pasifik.

“Projek ini tidak akan diteruskan, kerana kita tidak memerlukannya buat masa ini. Keutamaan kita adalah mengurangkan hutang, jika kita tidak berhati-hati, kita akan muflis,” demikian kata Dr Mahathir.

“Kerajaan China memahami keadaan kita. Saya menemui tiga pemimpin di sini. Tiada di antara mereka yang mengatakan tidak. Mereka faham kenapa kita tidak perlukan projek itu,” tambahnya.

Dr Mahathir menemui Presiden China Xi Jinping, Perdana Menteri Li Keqiang dan Li Zhanshu Pengerusi Jawatankuasa Kongres Rakyat Kebangsaan China.

“Kita mesti cari jalan keluar daripada projek ini dengan kos yang serendah mungkin. Kita perlu membayar penalti itu. Ini adalah disebabkan kebodohan orang kita; kita tidak boleh menyalahkan China,” kata Dr Mahathir.

“Ini adalah kebodohan rundingan sebelum ini. Sudah tentu terdapat klausa keluar dalam semua perjanjian dan klausa tersebut hendaklah adil kepada kedua-dua pihak.

“Dia (Najib Razak) adalah orangnya… Saya tidak pernah melihat kontrak seperti ini, yang mana wang dibayar terlebih dahulu sebelum kerja-kerja dilakukan… Kebodohan apakah ini, anda perlu bayar tepat pada masanya, tanpa sebarang keadaan di mana kerja perlu disiapkan,” demikian kata Dr Mahathir.

“Kita akan dapatkan wang itu daripada Najib,” tambahnya, apabila ditanya tentang bagaimana kerajaan akan membayar penalti berbillion ringgit itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat