Stok Minyak AS Pula Melonjak, Bertambahlah Duka Komoditi Ini

284

Lonjakan dalam bekalan minyak mentah Amerika Syarikat menambahkan lagi tekanan buat dagangan komoditi hitam yang sedia lemah berikutan ketidakpastian bahawa OPEC+ akan mempersetujui rancangan untuk menangguhkan peningkatan pengeluaran pada tahun depan.

Penanda aras minyak mentah Brent diperdagangkan susut pada $47.10 setong, manakala WTI Amerika Syarikat pula merosot pada $44.20 setong ketika dagangan awal sesi Eropah.

Data yang diterbitkan Institut Petroleum Amerika (API) pada hari Selasa memperlihatkan peningkatan sebanyak 4.1 juta tong pada minggu lepas, tersasar daripada jangkaan untuk penurunan 2.4 juta tong.

Harga minyak mentah sebelum ini telah melemah susulan negara-negara pengeluar minyak utama dunia menangguhkan keputusan mereka untuk melonggarkan pengeluaran yang sepatutnya diumumkan pada Selasa.

Pada awal tahun ini, kumpulan itu telah bersetuju untuk pemotongan pengeluaran sebanyak 7.7 juta tong sehari bagi mengembalikan keseimbangan dalam pasaran minyak yang telah dijejaskan oleh permintaan bahan bakar yang lemah akibat krisis Covid-19.

Disebabkan risiko Covid-19 masih lagi menjadi ancaman berikutan kebangkitan semula kes di beberapa negara, pasaran mengharapkan supaya OPEC akan menangguhkan rancangan untuk meningkatkan pengeluaran pada suku pertama 2021.

Dalam pada itu, berita baik mengenai bantuan rangsangan di AS telah membantu menyokong harga minyak daripada jatuh lebih rendah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat