Suatu Pergerakan Besar Sebelum FOMC, Mengejutkan Pasaran!

108

Pergerakan besar ini terjadi lebih awal dan ia agak mengejutkan apabila dikatakan ramai trader hanya menunggu kenyataan FOMC jam 2 pagi nanti untuk satu pergerakan besar dalam pasaran.

Data ekonomi yang menjadi penunjuk penting dalam penetapan kadar dan dasar monetari oleh Fed iaitu data-data inflasi keluar lebih rendah dari jangkaan.

Ini menunjukkan petanda inflasi kian melemah. Indeks CPI keluar -0.1% berbanding jangkaan 0.2% dan core CPI iaitu data CPI tanpa melibatkan barang makanan dan tenaga keluar 0.1% berbanding jangkaan 0.2%.

Data jualan runcit iaitu Retails Sales juga keluar kurang daripada jangkaan, -0.3% berbanding 0.1%. Dan juga data core jualan runcit yang keluar -0.3% berbanding jangkaan pada 0.2% peningkatan.

Data core CPI tahunan kini berada pada paras 1.7% berkurang dari 1.9%. Data core ini adalah yang lebih diberi perhatian oleh The Fed dalam penetapan dasar monetari dan ternyata data kali ini tersasar dari harapan dan sasaran The Fed yang ingin melihat ia berada pada kadar 2% untuk pemantapan ekonomi yang baik.

Sebaik sahaja keluar data ini, USDJPY jatuh 100 pips, EURUSD dan GBPUSD naik hampir 80 pips dan GOLD juga terus meningkat.

Dengan pergerakan yang besar sebegini sebelum pasaran menghadapi FOMC dan keputusan kadar jam 2 pagi nanti, sudah tentu ia bakal memberikan impak yang lebih menarik untuk semua trader.

Ingin lebih faham tentang bagaimana berita ekonomi menggerakkan pasaran, sila dapatkan segera Buku Analisis Fundamental untuk Forex Trader – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat