Supermax Corp Kena ‘Banned’ Dengan Amerika Syarikat!

1,214

Malang buat Supermax Corp Bhd selepas Amerika Syarikat (AS) menjatuhkan sekatan ke atas import sarung tangan getah yang dikeluarkan syarikat itu berikutan tuduhan amalan buruh paksa.

Pada bulan Jun, pihak INTRADAY pernah melaporkan bahawa pihak berkuasa AS telah melakukan siasatan ke atas syarikat pembuat sarung tangan itu atas dakwaan tersebut, tetapi dinafikan sekerasnya oleh Supermax.

Bagaimanapun, dalam satu pernyataan terbaru pada hari Rabu, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBP) telah mengeluarkan arahan ‘Menahan Pelepasan Pesanan’ (WRO) dari Supermax Corp dan anak-anak syarikatnya berdasarkan maklumat yang munasabah yang menunjukkan mereka menggunakan buruh paksa dalam operasi pembuatan syarikat itu.

Tambahan daripada itu, CBP mendakwa bahawa ia telah mengenal pasti 10 indikator buruh paksa Organisasi Buruh Antarabangsa semasa penyiasatannya ke atas Supermax.

Penolong Pesuruhjaya Eksekutif CBP, AnnMarie Highsmith memberitahu, dengan 10 daripada 11 indikator buruh paksa yang dikenalpasti semasa siasatan, mereka mempunyai banyak bukti untuk menyimpulkan bahawa penghasilan sarung tangan dari Supermax Corp dan anak-anak syarikatnya melanggar undang-undang perdagangan AS.

Susulan daripada sekatan ini, dagangan saham Supermax Corp Bhd menjunam hampir 10% pada awal dagangan hari ini (Khamis), dengan turun sebanyak 22 sen aau 9.78% kepada RM2.03 sekitar 9.08 pagi tadi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat