Suruhanjaya Eropah Sahkan Bon Korona Dalam Pertimbangan – Bakal Umum Rangsangan Baru

548

Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen memberitahu bahawa pihaknya akan mencadangkan pakej rangsangan baru untuk membantu blok itu pulih daripada pandemik coronavirus yang menyebabkan kejatuhan ekonomi.

Von der Leyen berkata, untuk menyokong pemulihan dalam ekonomi, Suruhanjaya Eropah akan mencadangkan perubahan dalam belanjawan EU yang akan membolehkan untuk menangani impak krisis COVID-19.

Ini termasuk pakej rangsangan yang akan memastikan perpaduan dalam Kesatuan Eropah dikekalkan melalui kesepakatan dan tanggungjawab.

Sementara itu, von der Leyen juga turut mengesahkan bahawa bon korona sebenarnya sedang dalam pertimbangannya.

Menurut beliau, beberapa instrumen termasuk bon, sedang dipertimbangkan dan dibincangkan dalam Eurogroup, iaitu sebuah badan formal yang melibatkan menteri-menteri kewangan dari negara anggota Kesatuan Eropah.

Sebelum ini, sembilan negara Eropah telah menggesa rakan negara lain supaya bon korona yang juga merupakan sebuah instrumen hutang baru yang menggabungkan sekuriti dari negara-negara Eropah, dilaksanakan.

Buat masa ini, von der Leyen berkata fokus utama lebih tertumpu kepada usaha mereka untuk memerangi krisis ini, adalah belanjawan jangka panjang EU, iaitu rangka kerja kewangan pelbagai tahunan (MFF).

Kes jangkitan di Eropah setakat 29 Mac menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), telah meningkat kepada 361,031 orang, manakala jumlah kematian pula menokok kepada 21,493 korban.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat