SUSHI Top 3 Altcoin Pada 2021, Berpotensi Mencecah Paras $9

430

Matawang kripto, SUSHI menunjukkan pergerakan positif, mengaut keuntungan hasil kemasukan modal ke dalam pasaran DeFi.

Aset itu juga kembali dengan momentumnya setelah bergabung dengan Yearn.finance (YFI) dalam pengumuman semalam.

Khabar sekeliling ekosistem Yearn telah menarik sejumlah modal ke dalam SUSHI dengan pelabur membawa harga aset itu ke paras tinggi sejak beberapa hari lalu.

Salah seorang pelabur menjelaskan keyakinannya terhadap SUSHI yang akan membawa keuntungan banyak sepanjang 2021 dengan lonjakan dijangka mencecah $9.00.

Kecuali jika terdapat rombakan dalam trend DeFi atau pengukuhan yang dilihat oleh pasaran agregat, ada kemungkinan untuk SUSHI dan token DeFi lain untuk melonjak tinggi.

Lonjakan harga SUSHI juga bersandarkan pada peningkatan jumlah kecairan dan dagangan di DEX (decentralized exchange), SushiSwap.

Ketika penulisan, token SushiSwap mencatatkan nilai dagangan $2.21, melonjak 13.14% dalam 24 jam dari $2.05.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat