Swiss National Bank Mengekalkan Kadar Faedah Negatif -0.75%

45

Bank pusat Switzerland (Swiss National Bank, SNB) tidak membuat perubahan terhadap kadar faedah dan masih dikekalkan di paras -0.75%. Hal ini sejajar dengan jangkaan pasaran.

SNB menegaskan bahawa nilai matawang franc masih lagi terlebih nilai, satu retorik sama yang pernah dinyatakan sebelum ini.

Mandat bank pusat ini adalah untuk mencapai kestabilan harga dalam masa yang sama menyokong aktiviti ekonomi. Kadar faedah negatif adalah untuk menarik kurang pelabur ke dalam Switzerland bagi mengurangkan tekanan kenaikan nilai matawang Chf.

Ramalan inflasi 2017 tidak berubah daripada 0.3% di mana untuk 2018 dipotong kepada 0.3% dari 0.4%. Ramalan bagi tahun 2019 pula dipotong kepada 1% dari 1.1% sebelum ini.

Menurut SNB, ketakseimbangan dalam pasaran hutang dan hartanah semakin baik sejak beberapa suku tahunan yang lepas.

Swiss National Bank juga lega dengan Federal Reserve yang mengekalkan perubahan polisi secara beransur-ansur dengan kadar faedah jangka pendek menghampiri sasaran 2.0% lebih tinggi daripada kadar faedah di Switzerland.

Fokus bank pusat ini akan terus terarah kepada polisi ECB dan SNB juga dijangka akan membuat tapering jika ECB berbuat demikian.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat