Tak Betul! CME Group Sanggah Berita Pelancaran Niaga Hadapan Dogecoin (DOGE)

945

Firma pasaran global, CME Group pada hari ini menegaskan pihak mereka tiada perancangan untuk melancarkan niaga hadapan dogecoin seperti yang ditularkan di laman sosial, Twitter.

The Block mengesahkan sendiri selepas tweet daripada @FirstSquawk mendapat perhatian seluruh pasaran kript: ‘Chicago Mercantile Exchange bakal lancarkan niaga hadapan dogecoin’.

Jawapan daripada CME Group juga disokong oleh sumber lain yang mengetahui hal sebenar. Mereka juga memberi jaminan jika perkara tersebut akan berlaku dalam masa terdekat, CME akan umum.

Sebagai rekod, CME telah melancarkan niaga hadapan bitcoin sejak 2017.

First Squawk antara akaun Twitter di sebalik khabar ‘perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) akan mengenakan tindakan terhadap beberapa institusi kewangan kerana penyelewangan wang menggunakan matawang kripto’ tular, sedangkan belum sahih.

Ekoran daripada itu, hujung minggu menyaksikan pasaran dan kecairan niaga hadapan susut mendadak.

Pada minggu lepas, Dogecoin menjadi tumpuan utama dalam pasaran kripto dengan lonjakan nilai pasaran mencecah lebih $40 bilion, disokong oleh keterujaan pengasas Tesla, Elon Musk dan jutawan AS, Mark Cuban. Robinhood pada masa yang sama berhadapan dengan masalah teknikal di platform perdagangan kripto gara-gara Dogecoin (DOGE).

Harga DOGE berada di paras tertinggi sepanjang masa (ATH)  pada nilai $0.4 pada Jumaat lalu sebelum sedikit susut ke paras terendah, $0.25 pada Sabtu.

Ketika penulisan, DOGE didagangkan pada $0.3 dengan lonjakan hampir 14% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat