Tak Nak Tertinggal Bas, Google Rancang Untuk Melabur Dalam Blockchain & Web3

868

Google pun nak join sekaki, makin menarik dunia blockchain dan Web3.

Ketua pegawai eksekutif (CEO) Alphabet Inc milik Google, Sundar Pichai menyatakan syarikatnya sedang memantau perkembangan sektor blockchain dan Web 3.0, yang mana kebanyakan syarikat teknologi semakin banyak melakukan pelaburan bernilai ratusan juta dolar ke dalamnya.

Alphabet Inc akan menyertai syarikat-syarikat lain untuk melabur dalam sektor blockchain dan Web 3.0, yang disifatkan Pichai sebagai teknologi yang menarik dan berkuasa dengan aplikasi yang lebih luas daripada mana-mana aplikasi.

Tambah beliau lagi, syarikatnya sedang mencari cara untuk menyumbangkan kepakaran mereka ke dalam ekosistem dan menambah nilai ke dalam blockchain dan Web 3.0.

Hujarnya lagi, pasukan Cloud miliknya sedang melihat bagaimana mereka boleh menyokong keperluan pelanggan dalam membina, berurus niaga, menyimpan nilai dan menggunakan produk baharu pada platform berasaskan blockchain.

Secara keseluruhannya, teknologi akan terus berkembang serta berinovasi dan Alphabet dilihat ingin menjadi pro-inovasi dalam penglibatannya.

Selain itu, antara syarikat yang telah melabur dalam Web 3.0 adalah Nike, Walmart, Twitter, Block/Square, Meta/Facebook dan Sony.

Google sebagai syarikat teknologi terbesar di dunia dilihat ingin mengorak langkah dan memanfaatkan teknologi sumber terbuka Web 3.0.

Rancangan utama Google setakat ini termasuklah melabur dalam realiti tambahan (AR), lapisan komputeran terbesar selain ingin mengukuhkan lapisan lain seperti perkhidmatan Maps, YouTube, Google Meet dan lain-lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat