Taktik Pemasaran Bijak Oleh Huawei Yang Mempermainkan Apple di Singapura

2,715
Staf daripada Huawei dilihat memberikan Powerbank berjenama syarikat itu kepada peminat-peminat Apple yang berbaris untuk mendapatkan model terbaru iPhone di Orchard Road, Singapura semalam.

 

Mereka yang bertuah mendapat sebuah powerbank yang dinamakan oleh Huawei sebagai SuperCharge Powerbank (10,000mAh) dengan harga kira-kira RM300.

 

Usaha Huawei yang memberikan powerbank secara percuma kepada peminat-peminat iPhone adalah satu strategi pemasaran yang bijak dan tidak terfikirkan. Ia telah berjaya menarik perhatian netizen di Singapura malah sehingga Malaysia dan Indonesia yang menganggap ia sebagai satu perkara yang melucukan.

 

Setiap daripada mereka yang mendapat powerbank itu juga mendapat kata-kata yang begitu caring daripada Huawei berbunyi:

 

Here’s a power bank. You’ll need it. Courtesy of Huawei.

 

Tidak cukup dengan itu, Huawei terus mempermainkan Apple di halaman facebook mereka dengan kenyataan seperti berikut.

 

 

Berikut video yang memaparkan staf Huawei cuba memberikan powerbank kepada peminat Apple di Singapura semalam.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat