Tawaran Twitter Inc Ditolak Mentah-Mentah Oleh Google

48

Saham Twitter Inc jatuh sebanyak 11 peratus apabila syarikat Alphabet Inc’s Google tidak menunjukkan sebarang minat untuk membeli perkhidmatan sosial media yang dikendalikan oleh syarikat terbabit.

Sumber : Bloomberg
Sumber : Bloomberg

Lawan web Recode melaporkan bahawa Google pada masa ini tidak bercadang untuk membuat tawaran bagi Twitter. Apple juga dikatakan tidak mungkin akan membeli sebahagian daripada syarikat sosial media terkenal itu.

Namun begitu, Salesforce.com Inc dan Walt Disney Co dikatakan akan mempertimbangkan tawaran Twitter tersebut dalam bebrapa minggu yang akan datang.

Salam Twitter sebelum ini melonjak sebanyak 5.7% selepas penyebaran spekulasi mengenai pengambialihan oleh Google sebelum ini. Namun, saham tersebut menjunam selepas Google mengumumkan pendirian syarikatnya.

Lonjakan Hutang Dunia Ini Cetus Kebimbangan Global!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat