Telekom Malaysia Punca Harga Jalur Lebar Yang Tinggi Di Malaysia- Bank Dunia

1,940

Malaysia memerlukan ekonomi digital untuk memandu pembangunan yang berterusan, demikian yang diperkatakan oleh Bank Dunia dalam laporan yang dikeluarkan pada 12 September. Walaubagaimanapun, adaptasi perniagaan di Malaysia terhadap teknologi digital kurang menyeluruh.

Bank Dunia menyatakan Malaysia masih berada di belakang berbanding negara lain dalam adaptasi digital, di mana hanya 62% perniagaan mempunyai sambungan kepada internet. 46% pula tidak mendapat sambungan yang pantas di mana kualiti sambungan adalah rendah.

Bagi memastikan pertumbuhan dalam ekonomi digital itu menyeluruh dan kukuh di Malaysia, Bank Dunia mengemukakan beberapa halangan yang perlu diatasi.

Daripada beberapa halangan yang dikemukakan, agak mengejutkan apabila Bank Dunia meletakkan Telekom Malaysia sebagai salah satu daripada punca kurangnya adaptasi kepada internet di Malaysia.

Bagi memastikan Malaysia dapat menyediakan infrastruktur yang konsisten terhadap sektor digital, perlunya perkhidmatan jalur-lebar (broadband) yang pantas.

Bank Dunia menyalahkan halangan kepada penyediaan perkhidmatan jalur lebar yang pantas dan murah di Malaysia adalah disebabkan kurangnya persaingan.

Telekom Malaysia mengawal 92% penawaran jalur lebar di Malaysia yang menyebabkan rakyat Malaysia tiada pilihan daripada memilih TM. Ia berbeza dengan negara Asia Tenggara yang lain di mana rakyatnya mempunyai beberapa pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan jalur-lebar.

Dalam masa yang sama, Bank Dunia memberi cadangan untuk Malaysia mengatasi permasalahan ini dengan dua cara iaitu dengan meningkatkan kualiti pada harga rendah. Kedua, meningkatkan akses kepada rangkaian jalur-lebar yang ultra-pantas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat