Tentera Rusia Diarah Berundur Dari Kherson, Petanda Apakah Ini Putin?

453

Tentera Rusia diarahkan untuk berundur dari bandar Kherson di selatan Ukraine, satu langkah yang mengejutkan oleh Presiden Vladimir Putin.

Media negara Rusia melaporkan pada Rabu bahawa tenteranya di Kherson akan berundur dari tebing barat Sungai Dnipro dalam menghadapi kemajuan Ukraine di rantau itu.

Arahan itu dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan Sergei Shoigu pada pertemuan dengan komander pasukan Rusia di Ukraine, Jeneral Sergei Surovikin, ketika pasukan Ukraine menghampiri bandar itu dari dua arah.

Sungguhpun begitu, pegawai Ukraine masih ragu-ragu bahawa tentera Moscow telah meninggalkan wilayah itu.

Ini rentetan daripada kenyataan Penasihat Presiden Ukraine, Mykhaylo Podolyak di Twitter bahawa mereka tidak melihat apa-apa isyarat Rusia akan meninggalkan Kherson dengan aman.

Usaha Kremlin untuk mempertahankan wilayah yang diduduki di tebing barat Kherson telah menjadi semakin sukar apabila tentera Ukraine memusnahkan jambatan merentasi Dnipro dan menyerang aliran bekalan Rusia.

Kherson merupakan satu-satunya ibu kota wilayah yang ditawan Rusia sejak pencerobohan bermula pada Februari. Ia juga merupakan salah satu daripada empat wilayah Ukraine yang ditakluk secara haram oleh Rusia pada bulan September.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat