Terjual Sepantas Kilat, Harga NFT Stan Lee Melambung 5 Kali Ganda!

152

“Wow popular juga koleksi NFT Stan Lee, mesti pembeli untung banyak kan.”

Tanpa memerlukan masa yang lama, koleksi non-fungible token (NFT) Stan Lee oleh Kartoon Studios telah habis dijual pada hari Isnin semalam seterusnya menyebabkan keyakinan para pelabur terhadap pasaran NFT mula meningkat.

Hal ini kerana pasaran NFT sejak kebelakangan ini sedang bergelut untuk mendapatkan daya tarikan semula setelah permintaan untuk NFT semakin perlahan.

Suka dimaklumkan bahawa lebih 8,000 NFT Stan Lee telah berjaya dijual secara pantas, di mana ia adalah fasa pertama koleksi NFT sempena ulang tahun ke-100 Lee yang lahir pada 28 Disember 1922 dan telah meninggal dunia pada 12 November 2018.

Lee adalah seorang penulis buku komik terkenal yang telah mencipta pelbagai watak wira popular seperti Spider-Man, Hulk dan Iron Man.

Umum mengetahui jualan terkini NFT tersebut telah memberi sedikit harapan kepada pihak berkepentingan dalam pasaran kripto yang telah menyaksikan kejatuhan secara besar-besaran pada tahun lepas.

Susulan harga NFT tersebut sebelum ini melonjak sebanyak lima kali ganda, penjualan 8,294 NFT pada masa ini membawa kepada penjanaan hasil lebih $120,000 untuk Kartoon Studios yang telah beroperasi sejak tahun 2013.

Jadi di sini dapat dilihat bahawa NFT termurah adalah bernilai $81 manakala yang tertinggi adalah sekitar $749, bagaimanapun perlu diketahui butiran mengenai jualan NFT Stan Lee seterusnya masih belum didedahkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat