Terkini: Aktiviti Manipulasi di Bursa Malaysia, Ramai Tertipu Dan Mengalami Kerugian?

772

Bursa Malaysia mengesan aktiviti manipulasi dari segelintir pemain pasaran saham di Malaysia yang memanipulasi orang ramai menggunakan media sosial. Minggu lepas pasaran saham mencapai paras tertinggi jumlah dagangan dalam sejarah sejak pasaran ini dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) lagi.

Berkaitan dengan aktiviti manipulasi ini, pihak Bursa mendapati ada kumpulan dari pemain pasaran saham sendiri menggunakan media sosial untuk memanipulasi orang ramai yang dikenali sebagai skim “pump and dump“.

Skim “Pump and Dump” bermaksud, mereka yang mempengaruhi pelabur atau orang ramai membeli sesuatu saham yang bertujuan meningkatkan harga saham tersebut dan kemudian mereka akan menjual saham tersebut pada harga tinggi.

Hal ini sebenarnya tidak banyak beza dengan skim pelaburan yang lain seperti forex, emas, bitcoin dan sebagainya. Cuma modus operandi yang digunakan untuk memanipulasi orang ramai itu berbeza. Anda perlu bijak melihat perkara seperti ini dan tidak percaya 100% apa yang dilihat di media sosial.

Bursa juga mengatakan, operator yang menjalankan skim “Pump and Dump” ini, menyebarkan fakta, kenyataan, atau khabar angin melalui media sosial seperti blog, telegram, Whatsapp dan sebagainya untuk menyarankan kaunter-kaunter saham yang harus dibeli kerana potensi yang kononnya menguntungkan.

Ada juga operator mengurangkan risiko kerugian dengan menggunakan modus operandi sama, disebabkan mereka sendiri telah membeli saham pada harga tinggi.

“Kami percaya di zaman internet masa kini, begitu mudah untuk mendapat perhatian orang ramai melalui media sosial”, kata Bursa.

Operator-operator ini ada yang mempunyai beberapa akaun dari banyak broker dan menggunakannya untuk aktiviti manipulasi mereka bagi menarik lebih ramai orang masuk ke dalam pasaran.

Apabila saham tersebut meningkat disebabkan kemasukan ramai pelabur baru ke pasaran saham, operator yang telah mempengaruhi orang ramai bagi membeli saham tersebut itu tadi, akan keluar secepat mungkin dari pasaran dengan menjual saham tersebut.

“Keluarnya operator-operator ini dengan menjual dalam jumlah yang besar akan menyebabkan harga saham itu jatuh mendadak, di mana orang ramai yang membeli pada harga tinggi dan menjual pada harga rendah mengalami kerugian.” kata Bursa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat