Terkini: Euro Tiba-Tiba Menguat? Ketidaktentuan Politik Perancis

92

Eur/Usd tiba-tiba menguat pukul enam petang tadi berikutan perkembangan politik di Zon Eropah, lebih spesifik lagi di Perancis. Hal ini menunjukkan pasaran perlu mengekori secara rapat perkembangan geopolitik di negara tersebut selepas beberapa kali memberi kesan kepada pergerakan pasaran di Eropah dan terbaru pukul enam petang tadi.

Pasangan matawang Eur/Usd menguat dari 1.0514 kepada 1.0543 semasa artikel ini ditulis dan Eur/Jpy menguat ke paras 120.11 kepada 120.55.

Perkembangan terbaru dari Perancis menunjukkan calon Presiden Perancis Emmanuel Macron berada di tangga teratas dalam tinjauan pendapat yang dibuat oleh ‘Odoxa’, yang mana ini adalah kali pertama Macron mendahului selepas tinjauan pendapat sebelum ini beberapa kali berpihak kepada Le Pen.

Tinjaun tersebut menunjukkan bekas Menteri Ekonomi Perancis, Macron akan memenangi pilihanraya pusingan pertama dengan 27% dan diikuti oleh Marine Le Pen sebanyak 23%. Manakala seorang lagi calon iaitu Francois Fillon dengan potensi kemenangan 19%.

Walaubagaimanapun, jika Fillon yang sedang berhadapan dengan dakwaan terhadap pembayaran kepada ahli keluarganya dikeluarkan dalam persaingan ini, seorang lagi calon dari Parti Konservatif, Juppe berkemungkinan akan mendapat sokongan 26.5% yang akan meninggalkan Le Pen ditempat ketiga.

Dalam senario ini, pilihanraya pusingan kedua berpotensi akan mempertemukan Juppe dan Macron, di mana Le Pen akan kalah dalam pusingan pertama pilihanraya.

Hal inilah yang menyebabkan matawang Euro menguat sebentar tadi yang disebabkan jangkaan kepada kalahnya Le Pen yang berpendirian mahu mengeluarkan Perancis dari Kesatuan Eropah. Dengan kekalnya Perancis di dalam EU sebenarnya akan mengurangkan risiko-risiko ekonomi kepada Perancis seperti yang dihadapi oleh Britain ketika ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat