Terkini: Harga Bitcoin Melepasi USD9,000 Setiap Satu

121

Harga matawang-Crypto iaitu Bitcoin melonjak melepasi harga $9,000 buat pertama kali dalam sejarah sejak sembilan tahun lalu pada Ahad walaupun ramai yang masih skeptikal dengan matawang-Crypto.

Dalam pusat tukaran yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Bitfinex, harga Bitcoin setakat pukul 3.25 pagi pada Isnin berada di sekitar $9,282.60. Bitcoin telah meningkat sehingga 700% tahun ini dengan beberapa kejatuhan yang agak besar sehingga 25%, namun masih berjaya meneruskan kenaikan selepas itu.

Pada harga semasa, modal pasaran Bitcoin sehingga kini mencapai paras $150 billion.

Bitcoin yang terkenal dengan kenaikan yang mendadak cenderung untuk memanyul semula daripada kejatuhan yang besar. Beberapa kejatuhan sebelum ini dipercayai disebabkan oleh peralihan pelabur kepada beberapa matawang-Crypto yang lain.

Kenaikan mendadak Bitcoin menyebabkan sebahagian daripada pemain pasaran mendakwa ia akan jatuh, namun sehingga kini ia masih meneruskan kenaikan.

Menurut sumber Coindesk, terdapat 160 ICO (Initial Coin Offering) di mana penciptaan koin baru yang dijual pada harga yang lebih murah.

Pada Sabtu, matawang-Crypto kedua terbesar dari segi modal-pasaran iaitu Etherium melonjak ke paras tertinggi $487.96. Kini harga berada di sekitar $455 setakat pukul 3.35 pagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat