[Terkini] Perjanjian NAFTA Dapat Diselamatkan, Saham Hadapan Amerika Melonjak

624

Amerika Syarikat dan Kanada akhirnya mencapai kata sepakat sekaligus menyelamatkan perjanjian North American Free Trade Agreement (NAFTA) yang melibatkan tiga negara termasuk Mexico.

Dalam sidang media sebentar tadi, kedua-dua negara mengatakan perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada (USMCA) berkemungkinan masih mengekalkan pasaran bebas, keadilan perdagangan, dan juga petumbuhan ekonomi yang kukuh di wilayah terbabit.”

Wakil rundingan bekerja keras menjelang pukul 12 tengah hari waktu Malaysia bagi mendapatkan persetujuan semua pihak.

“Ia adalah hari yang baik kepada Kanada,” kata Perdana Menteri Justin Trudeau kepada wartawan selepas mesyuarat pada awal pagi di Kanada sebentar tadi. Berita terbaru ini sekaligus mengurangkan ketidaktentuan pasaran walaupun masih terdapat ketegangan antara AS-China.

“Ia adalah kemenangan besar kepada Presiden dan membuktikan strategi beliau berjaya dalam perdagangan antarabangsa,” kata pegawai pentadbiran tertinggi Amerika Syarikat.

Dalam perjanjian tersebut, Kanada berjanji untuk memberikan akses 3.5 peratus kepada pasaran tenusu yang bernilai $16 billion setahun. Sumber daripada Kanada mengatakan kerajaan akan menyediakan pampasan kepada petani yang terkesan disebabkan oleh perjanjian ini.

Kanada juga bersetuju dengan kuota 2.6 juta eksport kenderaan ke Amerika Syarikat dengan tariff 25 peratus jika eksport melebihi jumlah tersebut. Oleh itu, Kanada boleh mengekalkan pasaran bebas dengan tiada tariff dikenakan jika jumlah eksport dikekalkan di bawah 2.6 juta. Walaubagaimanapun, perjanjian tersebut gagal menyelesaikan pertikaian terhadap tariff keluli dan aluminium.

Ketika ini pasaran saham hadapan (futures) Amerika Syarikat dan Kanada berada dalam keadaan positif dengan keyakinan pasaran terhadap perjanjian tersebut. Sedikit sebanyak ia telah memperbaiki sentimen pasaran global dengan Yen kini lemah berbanding majoriti matawang utama yang lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat