Terkini: Tiada Pengecualian Cukai Terhadap Jualan Kereta -Kastam

662

Pihak kastam menafikan pengecualian cukai jualan barangan (SST) terhadap jualan kenderaan penumpang selepas tersebarnya ura-ura bahawa barangan jenis itu akan dikecualikan daripada SST.

Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Seri T Subromaniam berkata, terdapat salah faham dalam senarai yang telah dikeluarkan di laman web jabatan itu.

Pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan untuk kenderaan penumpang hanya diberikan kepada pengeluar kereta dan bukannya pembeli.

Subromaniam menjelaskan dalam kenyataannya bahawa kenderaan penumpang akan tetap dikenakan cukai jualan.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas beberapa portal termasuk Malaysiakini dan Paultan mengeluarkan berita tentang pengguna yang bakal terus menikmati harga kereta yang murah kerana tidak akan dikenakan cukai.

Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan barang yang dikecualikan daripada cukai SST dalam senarai yang dikeluarkan hanyalah merujuk kepada komponen bagi pemasangan kenderaan penumpang sahaja.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat