Tesla Masih Memiliki Bitcoin (BTC) Bernilai $1.26 Bilion Sejak Q2 2021

433

Mungkin ketika whales dan Terra ‘berebutkan’ Bitcoin (BTC) ketika harganya murah, Tesla terkecuali dari kelompok itu.

Dalam laporan terbaru, bitcoin yang dimiliki syarikat milik Elon Musk kekal bernilai $1.26 bilion, tidak berubah sejak suku kedua (Q2) 2021.

Difahamkan untuk suku pertama (Q1) 2022 dan suku keempat (Q4) 2021, tiada sebarang pembelian atau penjualan yang dilakukan Tesla.

Pada masa yang sama, pemilikan bitcoin syarikat itu tidak mencatatkan penyusutan nilai kerana harga aset tersebut tidak berubah dari penghujung suku sebelumnya kepada yang seterusnya.

Garis masa pemilikan Bitcoin (BTC) oleh Tesla

  • Februari 2021 – Tesla telah melabur ke dalam bitcoin bernilai $1.5 bilion.
  • April 2021 – Syarikat ini menjual 10% daripada bitcoin yang dimiliki, membawa pulangan bersih bernilai $272 juta.
  • Mei 2021 – Tesla nekad menghentikan penerimaan bitcoin sebagai medium pembayaran susulan daripada isu alam sekitar yang terkait dengan perlombongan kripto itu.
  • Oktober 2021 – Tesla mengumumkan penerimaan semula bitcoin. Ketika itu Tesla memiliki sekitar 43,200 BTC bernilai $2.7 bilion, menjadi pelabur korporat kedua terbesar selepas MicroStrategy (114,000 BTC).
  • Januari 2022 – Tiada sebarang pembelian dilakukan.
  • Sekarang – Masih tiada penambahan bitcoin dalam pegangan semasa Tesla tetapi MicroStrategy semakin ‘kaya’ bitcoin dengan pemilikan 129,218 BTC setakat April (nilai semasa: $5.4 bilion)

Untuk pengetahuan, pada suku ketiga (Q3) 2021 Tesla dituntut untuk membayar caj penjejasan bernilai $51 juta susulan daripada penyusutan harga bitcoin.

Sesebuah syarikat wajib melaporkan kerugian yang dialami sepanjang mereka memiliki aseet digital bagi suku tahunan tertentu.

Mungkin selepas ini jika pasaran kripto berubah disebabkan whales, tahulah sudah Tesla bukan salah satu daripadanya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat