Tesla ‘Membeku’, Tiada Tanda-Tanda Untuk Tambah Bitcoin (BTC)

2,079

Tesla dikhabarkan tidak membuat pembelian Bitcoin (BTC) ketika pasaran kripto jatuh sejak 1 Januari.

Sebagai rekod, pemilikan Bitcoin oleh Tesla bagi suku keempat (Q4) 2021 tidak berubah, kekal pada nilai $1.26 bilion sejak suku ketiga (Q3) tahun yang sama.

Pergerakan harga BTC yang mendatar sejak hujung Q3 hingga hujung Q4 mendorong sifar aktiviti jual beli Bitcoin oleh syarikat pengeluar kenderaan elektrik itu.

Pada Februari, Tesla telah membeli sejumlah besar Bitcoin bernilai $1.5 bilion.

Bagaimanapun pada sekitar suku pertama (Q1) 2021, Tesla dengan membuat penjualan Bitcoin sebanyak 10%, sekaligus mendorong peningkatan keuntungan syarikat sebanyak $272 juta.

Pada suku kedua (Q2) tiada jual beli aset BTC direkodkan, begitu juga untuk Q3.

Tetapi pada Q3, Tesla dituntut untuk membayar caj penjejasan bernilai $51 juta.

Caj penjejasan wujud di dalam penyeliaan perakaunan bagi aset digital.

Jika harga aset susut dalam mana-mana suku (tempoh), syarikat wajib melaporkan penjejasan. Jika harganya meningkat, aset tersebut tidak akan dilaporkan sebagai keuntungan dalam balance sheet.

Melihat pada pergerakan aliran aset yang dimiliki Tesla, tidak hairanlah mengapa syarikat ini kekal memiliki Bitcoin bernilai $1.26 bilion.

Namun, keadaan Tesla ‘mendiamkan diri’ ketika keruntuhan harga pasaran kripto jauh berbeza dengan MicroStrategy, dan El Salvador yang menambah lagi 410 BTC, menjadikan negara itu memiliki lebih 1,000 BTC setakat ini.

Adakah Tesla gusar atau sedang menfokuskan kepada projek pembayaran dalam Dogecoin (DOGE)Nobody knows.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat