‘Tether Adalah Bom Jangka Bitcoin’ – Pengasas Ethereum

2,539

Dalam sebuah rancangan podcast terbaru, pengasas bersama Ethereum (ETH), Vitalik Buterin mendedahkan Bitcoin (BTC) memiliki bom jangkanya sendiri yang akan meletus bila-bila masa.

Naval Ravikant, hos The Tim Ferriss Show ada menyebut bagaimana komuniti kripto menjangkakan kegagalan dan jenayah godam dalam ekosistem sekitar ETH berbanding BTC.

Sebagai respons, Buterin memberitahu: “Saya rasa ekosistem Bitcoin memiliki bom jangka yang memburukkan juga, Tether misalnya.”

Figura itu bagaimanapun tidak menjelaskan selanjutnya berkaitan dakwaannya.

Merujuk kepada dakwaan Buterin mengenai Tether, ia pernah dikritik kerana cirinya yang tidak telus. Selepas pengasas stablecoin, USDT bersetuju untuk membayar pampasan bernilai $18.5 juta pada bulan lalu, mereka diminta untuk dedahkan dengan lebih terperinci bagaimana USDT disokong.

Tether juga dituduh pump harga BTC menggunakan tether yang tidak disokong. Bagaimanapun, tuduhan tersebut ditolak serta-merta.

Ekoran daripada itu, beberapa penganalisis berpendapat jika pelabur tidak lagi bergantung kepada tether, pasaran bitcoin sangat berisiko untuk menyaksikan penyusutan kecairan. Rekod menunjukkan sekitar 50%-60% bitcoin didagangkan untuk USDT sejak 2019.

Menurut Buterin lagi, nilai ETH bergantung sejauh mana rangkaian Ethereum berguna kepada penggunanya. Manakala, BTC bergantung kepada bitcoin sebagai matawang. Figura itu menyifatkan Bitcoin sebagai blockchain yang “perlu ada”.

Ketika penulisan, Bitcoin didagangkan pada $55,674, melonjak kepada 3.2% dan Ether bernilai $1,786 sedikit susut 1.2% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat