The Fed Perlu Data Kukuh Untuk Berbeza Dari Bank Pusat Yang Lain

44

Federal Reserve memerlukan data yang kukuh bagi mengekalkan perbezaan polisi monetari dari negara maju yang lain, kata Presiden The Fed cawangan St. Louis James Bullard pada Khamis.

Bercakap kepada wartawan dalam majlis di London, Bullard menambah, ia adalah membingungkan kerana inflasi di negara ekonomi terbesar dunia telah jatuh walaupun bank pusat menaikkan kadar faedah sebanyak dua kali tahun ini.

“Amerika Syarikat seperti cuba bergerak sendirian… yang mana kita boleh buat dan telah melakukannya sebelum ini,” kata Bullard.

“Tetapi jika anda mahu bergerak sendirian dalam suasana begini, anda memerlukan data yang kuat dan membuktikan apa yang anda mahu lakukan.”

Bullard yang tidak mengundi dalam FOMC tahun ini dalam penentuan kadar faedah, adalah seorang yang lebih dovish berbanding rakan-rakannya dalam The Fed. Beliau juga mempersoalkan berapa lama The Fed boleh meneruskan pengetatan sedangkan bank pusat yang lain masih mengekalkan pelonggaran polisi.

“Anda boleh bergerak sendiri – Saya cuma fikir ia adalah sukar dalam keadaan sebegini dengan kadar faedah rendah di seluruh dunia, kadar negatif di Jepun dan Eropah. Berapa realistik keadaan keluk hasil bon di US yang jauh lebih tinggi daripada negara maju yang lain?”

Bullard mengatakan, perbezaan hasil bon seperti itu boleh menyebabkan pergerakan besar US dolar berbanding nilai matawang yang lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat