The Flash Crash – Fenomena Natural Pasaran Atau Satu Manipulasi?

1,561

Apa itu Flash Crash?

Flash crash adalah satu fenomena pergerakan harga dalam pasaran yang berlaku dengan kejatuhan mendadak dalam tempoh begitu singkat sebelum diikuti dengan pemulihan segera.

Flash Crash berlaku pada pasaran saham elektronik atau automatik di mana stock withdrawal orders yang banyak menyebabkan kejatuhan harga, diikuti dengan peningkatan atau pemulihan pantas semula selepas itu.

Situasi itu berlaku akibat penjualan saham yang banyak dan mendadak dalam jangka masa yang pendek yang menyebabkan penurunan harga yang dramatik.

Namun harga tersebut akan memulih semula pada penutup dagangan hari yang sama seperti tiada sebarang aktiviti turun naik yang berlaku.

Contoh peristiwa Flash Crash

6 Mei 2010: Dow Jones Industrial Average (DJIA) mengalami kejatuhan lebih dari 1,000 mata dalam tempoh 10 minit. Indeks tersebut kehilangan nilainya sebanyak 9% dalam masa 1 jam mengakibatkan $1 trillion dollar ekuiti. Namun, ia meningkat semula sebanyak 70% pada penutup hari dagangan.

22 Ogos 2013: Perdagangan diberhentikan di Nasdaq selama lebih 3 jam apabila computer-generated di NYSE tidak boleh memproses maklumat harga daripada Nasdaq.

18 May 2012: Saham Meta (Facebook) telah dipegang lebih dari 30 minit di opening bell sebagai glitch yang menyebabkan kehilangan $500 million.

Bolehkan Flash Crash berlaku lagi?

Boleh dan ianya masih berlaku. Menurut 2 orang professor daripada University of Michigan, pasaran saham mengalami lebih kurang 12 mini flash crashes sehari.

Berapa lama tempoh Flash Crash berlaku?

Ia berlaku dalam masa sehari perdagangan dan boleh berlanjutan diimana-mana tidak kira beberapa minit mahupun beberapa jam.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat