Theresa May Berkata Kepada Scotland, “Ini Bukan Masanya”

44

Perdana Menteri Theresa May memberitahu kerajaan Scotland pada Khamis, “ini bukanlah masanya” bagi referendum kemerdekaan kedua Scotland dan mengatakan adalah tidak adil untuk membuat undian tanpa membiarkan rakyat Scotland mengetahui hasil dari rundingan Brexit.

Menteri Pertama Scotland, Nicola Sturgeon sebelum ini menyatakan hasratnya untuk referendum tersebut sebelum rundingan dua tahun Brexit berakhir.

Tetapi May tidak membenarkan Scotland membuat referendum ini dan mengatakan ini adalah masa untuk bersatu mendapatkan perjanjian terbaik dalam rundingan bersama Kesatuan Eropah.

“Ketika ini adalah masa untuk kita bekerja bersama-sama, bukan berpisah,” kata May.

“Kita patut bekerjasama untuk mendapatkan perjanjian sepatutnya untuk Scotland dan juga UK. Ini adalah kerja saya sebagai Perdana Menteri dan oleh itu saya berkata kepada mereka, ini bukanlah masanya.”

Britain membuat keputusan untuk keluar dari Kesatuan Eropah selepas Brexit memenangi referendum pada Jun 2016. Undian tersebut menunjukkan perbezaan pendapat di mana Scotland dan Northern Ireland memilih untuk kekal di dalam Kesatuan Eropah di mana England dan Wales memilih untuk keluar.

Sturgeon mengatakan, Scotland sepatutnya mempunyai peluang umtuk kekal di dalam pasaran tunggal Kesatuan Eropah dan membiarkan polisi terbuka kepada imigran, dan menyalahkan May kerana gagal untuk memberi panduan kepada Scotland tentang perancangannya.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat