Thiel Pengasas PayPal Juga Pelabur Terawal Facebook Melabur Ke Dalam Bitcoin

170

Harga Bitcoin melonjak pada Rabu selepas laporan bahawa Founder Fund yang dijalankan oleh Peter Thiel yang juga pengasas bersama PayPal dan antara pelabur terawal Facebook telah melabur jutaan US dolar ke dalam Bitcoin.

Bitcoin didagangkan sehingga ke paras tertinggi $15,428 selepas berita ini tersebar yang melonjakkan keyakinan pelabur dengan penglibatan pemain pasaran berprofail tinggi seperti Peter Thiel.

Firma permodalan yang dikemudi oleh Peter Thiel membeli $15 sehingga $20 juta bitcoin dan menyatakan kepada pelabur bahawa pelaburan tersebut kini bernilai ratusan juta selepas lonjakan harga pada 2017.

Pada Oktober, Thiel memberitahu bahawa orang ramai ‘memandang rendah’ bitcoin yang diibaratkannnya sebagai emas dalam dunia matawang digital.

Semasa Thiel memulakan PayPal dahulu, beliau tidak melihat ia hanya mekanisma pembayaran eBay yang mana beliau gagal menjadikan PayPal ‘matawang baru antarabangsa’. Thiel pada masa itu seakan mahu menjadikan PayPal matawang baru yang tidak berpusat dan tidak dikawal oleh autoriti.

Matlamat ini seakan sama dengan sistem pembayaran p2p (peer to peer) yang diguna pakai oleh majoriti matawang digital hari ini yang bebas daripada kawalan autoriti.

Bitcoin sejak tahun lalu banyak mendapat manfaat daripada sokongan oleh pelabur-pelabur berprofail tinggi. Selian itu, beberapa bursa terbesar di Amerika Syarikat juga telah menawarkan derivatif bagi memudahkan dagangan untuk pelabur institusi melibatkan diri dalam revolusi kewangan ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat