Tiada Cukai SST Ke Atas Kereta – Harga Dijangka Kekal Murah Selepas 1 September

1,577

Rakyat Malaysia boleh menarik nafas lega apabila kerajaan mengecualikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas jualan kenderaan penumpang. Dengan pengecualian ini, pengguna akan terus menikmati harga kereta yang lebih rendah.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Malaysiakini pada Khamis, Ketua pengarah Jabatan Kastam Datuk T Subromaniam mengeluarkan senarai di mana kenderaan bermotor penumpang yang dipasang secara tempatan adalah antara barangan yang akan dikecualikan daripada sistem cukai SST yang bakal berkuatkuasa pada 1 September.

Pengecualian cukai SST ini termasuk kepada kereta sedan, pacuan empat roda, station wagon dan kereta lumba yang dipasang secara tempatan.

Bukan itu sahaja, pengecualian SST juga membabitkan pelbagai bahagian alat ganti kereta, seperti aksesori, pam bahan api dan injap.

Selepas daripada pengurangan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) daripada 6% kepada 0% pada bulan Jun, ramai dari kalangan rakyat Malaysia yang tergesa-gesa membeli kereta. Ramai yang berpendapat itu adalah masa terbaik untuk membeli kereta sebelum pengenalan cukai SST yang relatifnya lebih tinggi. Namun, jangkaan sebilangan besar rakyat Malaysia meleset apabila cukai SST dikecualiakan terhadap jualan kereta.

Satu lagi fakta yang mengejutkan adalah, apabila jualan kereta pada bulan lalu meningkat sehingga 50% berbanding bulan sebelumnya. Dengan pengecualian ini, rakyat Malaysia boleh membuat perancangan lebih rapi sebelum membeli kereta di masa hadapan.

Jenis kenderaan yang turut mendapat pengecualian daripada cukai SST termasuk helikopter, kapal terbang, dan kapal angkasa termasuk satelit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat