Tiada Lagi Tolak Ansur, TikTok Live Kini Selamat Untuk Kanak-Kanak!

171

‘Ini boleh kira penghambaan terhadap kanak-kanak jugak?’

Platform video berdurasi pendek, TikTok menetapkan had minimum umur perkhidmatan siaran langsung (livestreams) kepada 16 sehingga 18 tahun.

Ia susulan daripada berita terdahulu berkenaan TikTok yang dikatakan memanipulasi mangsa pelarian Syria bagi meraih keuntungan daripada hasil perkhidmatan livestreams.

Ketika itu, pihak BBC yang menjalankan siasatan mendapati beratus akaun TikTok membuat livestreams dengan memaparkan kanak-kanak meminta derma.

Menerusinya, BBC telah melaporkan sejumlah 30 akaun yang memaparkan kanak-kanak meminta derma namun sistem TikTok mengatakan tindakan tersebut tidak melanggar sebarang polisi.

Suka untuk dimaklumkan bahawa siasatan yang dilakukan BBC berfokuskan mangsa-mangsa pelarian Syria.

Rentetan daripada itu, TikTok kini mengeluarkan garis panduan baru dengan meletakkan had umur minimum livestreams kepada 16 tahun ke atas, malah turut merancang untuk membenarkan hanya orang dewasa sahaja menghantar gift pada masa akan datang.

Seorang jurucakap TikTok mengatakan bahawa syarikat komited untuk mencegah sebarang ‘bahaya atau eksploitasi‘ terhadap kanak-kanak di bawah umur pada platform mereka.

Sungguhpun begitu, TikTok masih tidak mengeluarkan garis panduan jelas tentang bagaimana cara mereka akan melaksanakan had umur tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat