Tiba-Tiba IMF Mendakwa CBDC Nigeria Bahaya, Ada Risiko Yang Perlu Ditangani!

167

Mata wang digital bank pusat (CBDC) Nigeria, eNaira dikritik Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Menurut entiti global itu, penggunaan eNaira sebagai medium pembayaran rentas sempadan sebenarnya mendorong kepada risiko penyelewengan wang dan keganasan kewangan.

Tidak cukup dengan itu, IMF juga bimbang dengan keselamatan siber yang mungkin boleh diceroboh melalui kehadiran eNaira.

Disebabkan itu, IMF menggesa bank pusat Nigeria untuk menjalankan penilaian yang lebih telus dan meluas mengikut protokol anti-penggubahan wang haram semasa, sekaligus menangani keganasan kewangan.

Padahal IMF mendakwa CBDC lebih murah dan selamat berbanding kripto beberapa minggu lepas. Mereka lupa ke?

Sebagai rekod, eNaira menggunakan model pengecaman pelanggan secara berperingkat dengan pengehadan transaksi yang ketat bagi setiap tranche.

Pengguna di peringkat bawah (biasanya merangkumi populasi penduduk yang tidak memiliki akaun bank) boleh membelanjakan sebanyak $120 sehari. Manakala bagi kategori atas, dibenarkan membuat transaksi harian diantara $748-$2,438.

Rincian eNaira

  • Bank Pusat Nigeria (CBN) perkenalkan eNaira pada Oktober 2021 selepas setahun menyekat bank-bank daripada menawarkan perkhidmatan kepada platform pertukaran kripto.
  • Sebulan pertama – 500,000 pengguna telah memuatnaik wallet digital, dan 80,000 peruncitan sudah menerima eNaira.
  • Tiga bulan pertama – sebanyak 188 juta eNaira ($450,000) transaksi direkodkan.
  • Prestasi tersebut menangani eYuan yang cuma mencatatkan transaksi berjumlah $315,000 sepanjang Olimpik Musim Sejuk baru-baru ini.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat