Tindakan Arab Saudi Ini Akan Menghantar Semula Minyak Mentah ke paras Tertinggi!

35

Harga minyak mentah naik lebih tinggi pada Rabu selepas pengeksport utama minyak mentah dunia iaitu Arab Saudi dijangka akan menaikkan harga sebagai sebahagian daripada pelan pemotongan bekalan yang telah dirancang.

WTI mentah diniagakan pada $52.65 setong, naik sehingga 32 sen atau 0.6 peratus daripada sesi sebelum ini.

Brent mentah antarabangsa juga menaingkat sehingga $55.79 setong.

Peniaga minyak berkata, kenaikan harga oleh Arab Saudi itu disebabkan kawalan ketat terhadap bekalan minyak fizikal. OPEC dan beberapa pengeluar minyak utama dunia telah merancang untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah ekoran usaha untuk menamatkan masalah lebihan bahan api global yang telah membelenggu pasaran selama hampir 2 tahun.

Bertitik tolak dari perjanjian tersebut, Arab Saudi dijangka akan menaikkan harga jualan rasmi (OPS) bagi semua gred minyak mentah bermula Februari depan.

OSP ini juga akan digunakan oleh pelanggan diseluruh dunia bagi menentukan harga minyak Brent atau WTI.

Walaupun bekalan semakin ketat, kenaikan harga minyak mentah boleh terjejas sekiranya US Dollar menjadi semakin kuat dan akan menjadi lebih mahal untuk negara yang mengimport minyak.

US Dollar berlegar di paras tertinggi minggu ini berikutan data ekonomi yang kukuh dari US.

US Dollar juga disokong bukan sahaja disebabkan Fed yang mungkin bertukar agresif malahan bank-bank pusat utama juga semakin dovish dengan komen yang bakal dikeluarkan oleh Fed nanti.

Pengukuhan US Dollar Mentup Sinar Emas!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat