Tinggi Betul Aave (AAVE) Pergi! Aset Ini Melonjak 98% Sejak V3 Dilancarkan!

305

Harga Aave (AAVE) melonjak 98% sejak Aave V3 bersiaran pada 16 Mac dan ketika penulisan, aset ini didagangkan pada $237.76 dengan peningkatan harga lebih 31% dalam 24 jam.

Pun begitu, AAVE masih perlukan kenaikan harga sebanyak 65% untuk menebus rekod tertinggi sepanjang masa (ATH), $666.86 yang dicatat pada 18 Mei 2021.

Apa yang diperkenalkan dalam pelancaran V3?

  • Penambahbaikan terhadap ciri desentralisasi, sekuriti, dan pengurusan risiko
  • Pengurangan kos transaksi
  • Pengendalian terhadap saling kendali blockchain

Pada masa yang sama, minat terbuka dalam Aave – merujuk kepada kontrak derivatif tertunggak telah meningkat kepada $163.7 juta dalam tempoh 24 jam, lebih tinggi berbanding rekod $66.14 juta sebelum kemaskini V3.

Jumlah nilai terkunci (TVL) di rangkaian ini juga telah bertumbuh pesat lebih 20% sejak V3 bersiaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat