Tinggi Betul USD Meroket Selepas Ucapan Powell!

1,203

Seperti dijangkakan, ucapan Pengerusi Federal Reserve AS (Fed) Jerome Powell pada malam tadi telah mencetuskan pergerakan ‘gila’ dalam pasaran ketika awal pembukaan sesi New York.

Ini susulan pengumuman beliau untuk melaksanakan perubahan besar dalam kerangka dasar monetari Fed iaitu ‘pengemaskinian yang kukuh’ untuk mendorong pertumbuhan inflasi dengan lebih cepat bagi menyokong ekonomi dan pasaran buruh secara meluas.

Bank pusat kini menetapkan perubahan pada sasaran inflasi yang memberikan lebih banyak fleksibiliti dan membolehkan Fed mengekalkan kadar faedah lebih rendah untuk jangka masa panjang bagi merangsang pertumbuhan untuk membantu mengatasi pengangguran.

Ia juga bermaksud bahawa pembuat dasar Fed selepas ini berkemungkinan tidak akan meningkatkan kadar faedah walaupun kadar inflasi bertumbuh di atas sasaran 2%.

Malah, langkah ini juga menunjukkan bahawa Fed akan cenderung untuk tidak menaikkan kadar faedah, lebih-lebih lagi dengan kadar pengangguran yang ketika ini di tahap tertinggi. Ini kerana, para pakar ekonomi bank pusat percaya bahawa pengangguran yang rendah boleh mendorong peningkatan inflasi.

Ekoran daripada pengumuman Powell, dagangan US dolar menjunam seketika berbanding yen dan euro, sebelum kembali melonjak susulan kenaikan dalam hasil perbendaharaan AS ke tahap tertinggi sejak pertengahan Jun.

Turut menyokong kenaikan USD adalah pandangan yang optimis daripada Powell yang menggambarkan ekonomi Amerika Syarikat adalah sihat, selain dari kawasan yang masih dilanda Covid-19.

Ini turut disokong dengan penerbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS pada suku kedua yang disemak semula menunjukkan bacaan lebih tinggi berbanding anggaran sebelumnya serta tuntutan pengangguran pula terus dicatatkan menurun.

Memasuki sesi Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diniagakan menguat pada 93.01.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat