Tinjauan Pendapat 15 Negara Asia Paling Tinggi Rasuah. Anda Pasti Terkejut Melihat Nombor 3

623

Sebagai salah satu inisiatif dalam mengukur tahap aktiviti rasuah global, Transparency International telah membuat tinjauan kepada hampir 20,000 orang di 15 negara Asia Pasifik tentang rasuah di negara masing-masing.

Laporan ini dibuat tepat pada masanya di mana kebanyakan kerajaan di Asia sedang menyediakan agenda mereka untuk menepati matlamat United Nations Sustainable Development Goals (SDGs). SDG menetapkan keutamaan pembangunan pada tahun 2030, termasuk pengurangan jenayah kecurian dan rasuah.

Transparency International dalam laporannya menyatakan, hasil dari tinjauan mendapati satu dari empat orang memberi rasuah untuk mengakses perkhidmatan awam.

Tinjauan juga melihat agensi keselamatan sebagai perkhidmatan awam yang banyak menerima rasuah. Secara keseluruhan, golongan miskin merupakan golongan yang paling banyak memberi rasuah.

Hanya satu dari lima orang yang mengatakan tahap rasuah di negara mereka semakin berkurangan, manakala dua dari lima orang mengatakan rasuah semakin meningkat.

Di China, hampir 75% dari tinjauan berpendapat rasuah semakin meningkat sejak tiga tahun lepas yang menunjukkan langkah-langkah yang telah diambil tidak berjaya membendung jenayah ini.

Rajah di bawah menunjukkan hasil dari tinjauan pendapat yang dibuat kepada orang dewasa di 15 negara Asia tentang peningkatan rasuah di negara masing-masing.

Harus diingat ini adalah tinjauan pendapat dan bukan bermaksud statistik sebenar di negara-negara tersebut.

Tinjauan yang mengatakan rasuah meningkat.

 

“Setiap kerajaan perlu berusaha dalam komitmen anti-rasuah mereka. Sudah masanya untuk berhenti bercakap dan bertindak dari sekarang.” – Pengerusi Transparency International, Jose Ugaz

Hasil dari tinjauan menunjukkan pihak kerajaan dari Asia Pasifik perlu bertindak dan berusaha membendung perkara ini dan kerajaan perlu menepati janji mereka untuk memerangi rasuah dan juga komitmen mereka bagi mencapai matlamat United Nations Sustainable Development Goals (SDGs).

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat