Tolonglah Hapuskan Tarif! – China

267

Menteri Luar Negeri China, Wang Yi pada hari Isnin telah menggesa pentadbiran Amerika Syarikat yang baru supaya menghentikan penindasan ke atas syarikat-syarikat teknologi China.

Ketika di bawah pentadbiran bekas Presiden AS Donald Trump sebelum ini, puluhan syarikat teknologi China telah ditimpa sekatan sehingga mengakibatkan banyak pihak turut menerima tempiasnya.

Syarikat gergasi telekomunikasi Huawei adalah salah satu firma yang paling banyak terkesan oleh sekatan tersebut, menyebabkan kedudukannya sebagai penjual telefon pintar nombor satu dunia dunia jatuh ke tempat keenam pada tahun lalu.

Menurut terjemahan rasmi yang dikongsi oleh Kementerian Luar Negeri pada hari ini, Beijing mengharapkan Washington supaya menghapuskan tarif dan sekatan ke atas syarikat-syarikatnya.

Selain itu, ia juga menggesa AS supaya meninggalkan penindasan yang tidak rasional terhadap kemajuan teknologi China, sehingga mengenakan pelbagai syarat yang diperlukan untuk kerjasama China-AS.

Wang juga meminta AS untuk menyokong pelajar antarabangsa Cina dan menghapus sekatan ke atas rakyat dan media yang berada di Amerika.

Minggu lalu, Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen mengatakan bahawa tarif yang dikenakan ketika era Trump akan tetap berlaku dan setiap perubahan akan bergantung pada kepatuhan China terhadap komitmen perjanjian perdagangan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat