Topik Hangat Ini Bakal Menjadi Isu Utama di Dalam Dialog Ekonomi AS-Jepun

152

Individu yang terlibat secara langsung bagi persediaan dialog ekonomi Amerika Syarikat-Jepun memberitahu Reuters bahawa Amerika Syarikat bakal mengetengahkan isu perdagangan sebagai isu utama di dalam perbincangan peringkat tertinggi tersebut.

Di dalam pertemuan tersebut, Jepun bakal diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri, Taro Aso manakala AS akan diwakili oleh Naib Presiden Mike Pence. Jepun sebelum ini mengatakan bahawa mereka lebih gemar dialog dua hala itu berkisar mengenai dasar polisi ekonomi, tenaga, pelaburan infrastruktur dan peraturan perdagangan.

Menurut sumber itu lagi, Setiausaha Perdagangan AS juga dijadual akan melawat Tokyo minggu depan, namun masih belum membuat keputusan sama ada akan menyertai dialog tersebut atau tidak.

Washington pada minggu lepas ada mengemukakan permintaan untuk bercakap mengenai isu perdagangan. Jepun bagaimanapun menolak idea tersebut tetapi bersedia untuk membincangkan hal tersebut di luar dialog.

Tokyo juga dilihat mengambil pendekatan berhati-hati terhadap tuduhan Trump sebelum ini yang mengatakan bahawa Jepun dan beberapa negara lain telah menyekat akses pasaran terhadap syarikat-syarikat Amerika dan sengaja melemahkan matawang bagi mendapat manfaat kepada eksport.

Akhbar Asahi juga dimaklumkan bahawa isu perdagangan akan menjadi tema utama perbincangan.

Ini yang Terjadi Kepada Pasaran Global Apabila Stok Minyak AS Masih Menunjukkan Pendakian!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat