Trend Pergerakan Kadar Gaji Penting Untuk Pengetatan Polisi The Fed

57

Trend pertumbuhan kadar gaji akan menjadi perhatian dalam dua hingga tiga bulan akan datang dalam menentukan sama ada The Fed akan terus menaikkan kadar faedah atau pun sebaliknya. Ahli penting dalam FOMC melihat pasaran buruh yang semakin ketat sepatutnya menolak inflasi lebih tinggi.

Presiden Fed cawangan Dallas, Kaplan menyatakan bahawa beliau selesa dengan kenaikan kadar faedah baru-baru ini dan mahu melihat lebih banyak bukti kenaikan inflasi sebelum meneruskan kenaikan kadar faedah beberapa bulan akan datang.

Presiden Fed cawangan Minnieapolis, Neel Kashkari menjelaskan tindakannya yang mahu mengekalkan kadar faedah dalam mesyuarat baru-baru ini. Jelasnya, inflasi berada di bawah jangkaan dan beliau tidak yakin dengan kelemahan dalam inflasi adalah disebabkan faktor sementara.

Manakala, komen terbaru dari Fed Dudley dilihat begitu hawkish pada Isnin di mana beliau berkata, “peningkatan purata gaji akan meningkat sehingga 3% tahun depan atau dua tahun lagi.”

Dalam konteks ini, beliau menyatakan adalah merbahaya jika bank pusat menghalang kitaran pengetatan polisi ini.

Dengan komen-komen dari ahli The Fed ini, trend inflasi adalah sangat penting dalam jangka masa pendek.

Bank pusat sebelum ini masih menjangka tiga kali kenaikan kadar tahun ini dengan FOMC telah menaikkan kadar faedah sebanyak dua kali tahun ini. Ini bermakna ada satu lagi kenaikan tahun ini jika ekonomi bergerak mengikut jangkaan bank pusat.

Oleh itu, pasaran melihat The Fed akan mengekalkan kadar faedahnya pada mesyuarat September dan menaikkan sekali lagi pada Disember. Ahli FOMC juga dijangka akan memberi tumpuan kepada penyata imbangan Federal Reserve pada September.

Perkembangan dalam pertumbuhan gaji juga akan menjadi fokus utama beberapa bulan akan datang. Walaupun kejatuhan dalam kadar pengangguran ke paras terendah 10 tahun lalu menunjukkan pasaran pekerjaan semakin baik, tetapi kesannya masih kecil kepada pertumbuhan gaji dengan kenaikan tahunan di sekitar 2.5%.

Jika kadar gaji memacu beberapa bulan ke depan, The Fed akan lebih selesa menaikkan kadar faedah selepas ini. Isu utama sekarang adakah impak dari pengetatan pasaran pekerjaan lambat memberi kesan kenaikan kadar gaji atau sama ada faktor struktur menyebabkan kadar gaji sukar untuk meningkat sekaligus meningkatkan inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat