Trump Akan Melanggar Peraturan WTO Yang Dilihat Sebagai Anti-U.S.

42

Pentadbiran di bawah Presiden Trump bersedia untuk menghindari segala peraturan WTO (World Trade Organization) yang dilihat sebagai satu penghinaan kepada kedaulatan Amerika Syarikat seperti yang dilaporkan oleh Financial Times pada Selasa.

Mengikut laporan yang dikeluarkan, dokumen perdagangan terbaru pentadbiran Amerika itu adalah dokumen pertama yang bertulis tentang perancangan perdagangan White House.

Pentadbiran Trump berkata, “Kami akan mempertahankan kedaulatan Amerika yang bersangkut paut dengan polisi perdagangan”.

“Sejak kemerdekaan Amerika, setiap rakyat negara ini hanya berpandukan kepada undang-undang yang dibuat oleh kerajaan Amerika sahaja — dan bukannya undang-undang yang dibuat oleh kerajaan negara luar atau badan antarabangsa”, laporan itu menyebut.

WTO adalah satu badan antarabangsa yang mengawal regulasi perdagangan dalam kalangan ahli-ahlinya.

Pentadbiran Trump akan mempertahankan kedaulatan Amerika ke atas dasar perdagangan, dan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang perdagangan Amerika Syarikat, dan menggunakan “semua kemungkinan sumber pengaruh, untuk menggalakkan negara-negara lain membuka pasaran mereka,” seperti yang tertulis di dalam dokumen tersebut.

Pihak Amerika berhadapan dengan beberapa keputusan dari WTO, khususnya yang melibatkan China. Hal ini berikutan aduan yang dibuat oleh China terhadap Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat yang menghalang permintaan China untuk diiktiraf sebagai ‘pasaran ekonomi’ di bawah undang-undang WTO.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat