Trump Akan Umumkan Setiausaha AS Yang Baru Hari Ini!

52

Trump akhirnya menjawab teka-teki penting setelah mengumumkan bahawa Mitt Romney tidak akan dipilih sebagai Setiausaha AS yang baru. Trump juga mengumumkan dalam satu Tweet beliau bahawa akan mengumumkan nama yang layak bagi mengisi jawatan tersebut hari ini.

Mengulas kenyataan tersebut di status Facebooknya pada Isnin, Romney berkata bahawa tercalon sebagai Setiausaha Negara sudah memadai dan merupakan satu penghormatan baginya.

Beliau turut menyuarakan harapan agar kepimpinan baru dibawah pemerintahan trump bakal membawa lebih kemajuan dan keamanan buat negara.

Antara calon lain yang turut tercalon untuk merebut jawatan penting itu termasuklah bekas Datuk Bandar New York, Rudy Giuliani, bekas Pengarah CIA, David Petraeus dan Kor Jeneral Bersara, John Kelly.

Walaupun begitu, Mitt Romney kekal calon favourite apabila mendapat lebih tumpuan berbanding calon lain walaupun Romney dikatakan penentang kuat Trump semasa awal kempen pemilihan beliau sebagai presiden.

Selepas perjumpaan makan malam bersama Trump, Romney dilihat menukar fikiran apabila menyifatkan Trump boleh memimpin AS untuk masa depan negara yang lebih cerah.

AS Bakal Muncul Untuk Memberi Saingan Hebat Buat Pasaran Minyak Mentah Dunia!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat