Trump – Amerika Syarikat Dan China Bakal Umumkan Lokasi Terbaru Perjanjian Perdagangan!

235

Presiden Amerika Syarika Donald Trump telah mengeluarkan kenyataan pada hari ini bahawa Amerika dan China akan mengumumkan lokasi rundingan baru dalam masa terdekat, dimana beliau dan Presiden China, Xi Jingping akan menandatangani perjanjian perdagangan “fasa pertama” selepas Chilie membatalkan persidangan mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada bulan hadapan kerana terdapat bantahan.

Trump telah memuat naik kenyataan di halaman Twitter, “China dan Amerika akan berkerjasama dalam memilih lokasi rundingan bagi menantangani Perjanjian Perdagangan Fasa Pertama”. Lanjut Trump,”Lokasi baru akan diumumkan dalam jangka masa terdekat ini dan Presiden Xi dan Trump akan menantangani perjanjian.”

Chilie telah membuat keputusan untuk membatalkan persidangan mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada 16-17 November. Hal ini menyebabkan rundingan perdagangan AS-China terbantut.

Setakat ini belum ada rincian daripada Trump tentang bilakah perjumpaan rundingan perdagangan akan berlangsung namun kenyataan yang dikeluarkan oleh Rumah Putih pada hari Rabu bahawa kedua-dua belah pihak dijangka akan memuktamadkan kesepakatan “dalam kerangka waktu yang dijadualkan sebelum ini.”

Dalam masa yang sama, Kementerian Perdagangan China juga memuat naik kenyataan pada hari Khamis bahawa perbincangan dua hala akan diteruskan seperti yang dirancang sebelum ini dan para perunding perdagangan utama dari kedua-dua akan berhubung melalui panggilan telefon pada hari Jumaat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat