Trump Masih Mencengkam Jabatan Negara AS, Sekat Puluhan Mesej Untuk Biden

816

Puluhan mesej yang dikirimkan kepada bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden daripada beberapa pemerintah negara luar rupanya disekat Jabatan Negara AS.

Secara amnya, Jabatan Negara AS menggalakkan sebarang komunikasi yang berkait dengan bakal presiden, yang mana menjadi sebab mengapa banyak negara mula mengirimkan mesej ke negara itu sepanjang hujung minggu lalu.

Namun, disebabkan Trump masih tidak dapat menerima kekalahannya di dalam pilihan raya tempoh hari, mesej yang sepatutnya diterima Biden disekat oleh pentadbiran Trump.

Sebenarnya tiada perkara yang patut dibimbangkan oleh presiden itu kerana pesanan yang dikirimkan sekadar ucapan tahniah kepada Biden kerana memenangi pilihan raya baru-baru ini.

Buat masa sekarang, Biden dilaporkan berhubung dengan kerajaan luar tanpa penglibatan Jabatan Negara AS dan figura itu telah pun membuat panggilan dengan beberapa pemerintah termasuk pemerintah Jerman, Angela Merkel dan pemerintah Kanada, Justin Trudeau.

Urusan komunikasi itu bagaimanapun dilakukan tanpa sokongan logistik dan terjemahan, satu kemudahan yang Jabatan Negara AS sediakan dalam menerima dan membuat panggilan.

Tidak cukup dengan itu, Biden juga disekat daripada mendapatkan taklimat sebagai presiden, President’s Daily Brief.

Jika pentadbiran Trump terus berdegil, menyekat peralihan jawatan sehingga 20 Januari akan datang, ada kemungkinan pentadbiran Biden akan bertindak tegas sehingga bakal presiden itu berjaya mengambil alih pejabat sepenuhnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat